Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 17 Senarai 'Pelepasan Cukai' Tahun Taksiran 2023 Daripada LHDN Yang Anda Boleh Claim

Lagi banyak belanja, lagi banyak boleh claim.

Cover image via SAYS

Pernah ada pengalaman buat e-Filing di laman web LHDN?

Bagi sesiapa yang pernah, proses mengisi e-Filing pastinya memberi satu pengalaman yang agak sukar dan memakan masa, terutamanya bagi yang pertama kali.

Maklumlah, proses mengisi e-Filing ini memerlukan seseorang untuk ingat kembali setiap nilai ringgit yang dibelanjakan sepanjang tahun.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga telah mengeluarkan senarai penuh pelepasan cukai pendapatan tahun 2023 baru-baru ini.

Bagi cukai pendapatan 2023, LHDN telah mengeluarkan senarai yang membolehkan individu yang membayar cukai pendapatan tahunan layak menerima pelepasan cukai.

Berikut di bawah adalah merupakan senarai pelepasan cukai pendapatan yang telah dikeluarkan oleh pihak LHDN Malaysia:

1. RM9,000 bagi individu

Bagi kategori individu dan saudara kandungan, pelepasan cukai dalam kategori ini akan diberikan secara automatik.

2. RM6,000 bagi OKU

Individu juga boleh menuntut pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

OKU tersebut mestilah telah berdaftar dan disahkan sebagai OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

3. RM5,000 bagi perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa

Bagi individu yang masih mempunyai ibu dan bapa, anda boleh memohon pelepasan cukai bagi kategori ini sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalam kategori ini, takrifan ibu bapa yang dimaksudkan adalah ibu bapa kandung dan ibu bapa angkat (perlu pengesahan daripada pihak berkuasa sekiranya pemohon merupakan anak angkat).

RM3,000 bagi Ibu Bapa

  • Berumur 60 tahun ke atas dan pendapatan tahunan kurang daripada RM24,000 (Tahun Taksiran 2016 sehingga TT 2020)

  • Pelepasan ibu RM1,500 dan pelepasan bapa pula RM1,500

4. RM6,000 bagi peralatan sokongan asas

Pembelian peralatan sokongan asas ini terhad sama ada untuk kegunaan diri sendiri, pasangan, anak, dan ibu atau bapa sahaja.

5. RM7,000 bagi yuran pendidikan sendiri

Pelepasan cukai dalam kategori ini hanya layak kepada:

  • Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi sahaja.

  • Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah- sebarang bidang atau kursus pengajian.

  • Institusi pengajian tinggi tersebut mestilah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

6. RM6,000 bagi perbelajaan perubatan untuk penyakit yang sukar diubati

Dalam kategori ini, individu boleh menuntut pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan penyakit sukar diubati atau serius sama ada penyakit tersebut dihidapi oleh diri sendiri, pasangan, atau anak.

Individu yang ingin menuntut pelepasan cukai dalam kategori ini perlu menyimpan semua resit rawatan perubatan dan surat perakuan yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) bagi tujuan rekod dan dokumentasi.

7. RM2,500 bagi gaya hidup

Perbelanjaan gaya hidup yang dibenarkan untuk menerima pelepasan cukai adalah seperti berikut:

  • Pembelian untuk buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya selain bahan bacaan terlarang atau lucah.
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar mahupun tablet.
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 namun tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor.
  • Bayaran keahlian gimnasium.
  • Bayaran bil bulanan bagi langganan jalur lebar atau internet yang dibuat atas nama sendiri.

8. RM8,000 bagi SSPN (Tabungan Bersih)

Bagi individu yang mempunyai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), anda boleh menuntut pelepasan cukai.

Pelepasan cukai ini adalah melibatkan tabungan bersih pada tahun 2022 iaitu jumlah simpanan yang ditolak dengan jumlah pengeluaran.

9. RM4,000 bagi bayaran kepada pasangan atau alimoni terhadap bekas isteri

Dalam kategori ini, jika suami atau isteri yang tidak bekerja atau mempunyai jumlah pendapatan yang tidak mencapai jumlah minimum dikenakan cukai, maka pasangan mereka boleh menuntut pelepasan cukai ke atas suami atau isteri.

Selain itu, bagi suami yang ada membuat bayaran alimoni atau nafkah kepada bekas isteri, maka mereka juga layak menuntut pelepasan cukai.

10. RM3,500 bagi suami isteri OKU

Bagi individu yang mempunyai suami atau isteri OKU, mereka boleh menuntut pelepasan cukai. Namun, suami atau isteri OKU terbabit mestilah diiktiraf dan berdaftar dengan JKM.

11. RM2,000 bagi anak yang berumur 18 tahun ke bawah

  • RM2,000 bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa (Di peringkat matrikulasi, A-Level, sijil kemahiran, persediaan atau pra-ijazah).
  • RM6,000 bagi anak OKU.
  • RM8,000 bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas yang masih belajar di IPT peringkat Diploma dan ke atas.
  • RM8,000 bagi tambahan anak OKU yang berumur 18 tahun ke atas yang masih belajar di IPT peringkat Diploma dan ke atas

12. RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan

Bagi ibu yang mahu membeli peralatan penyusuan, anda juga layak menerima pelepasan cukai dalam kategori ini.

Namun, pembelian peralatan penyusuan hanya dibenarkan bagi kegunaan penyusuan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah sahaja.

13. RM3,000 bagi yuran Taman Asuhan kanak-kanak atau Tadika

Individu yang mempunyai anak berumur 6 tahun dan kebawah layak mendapat pengecualian cukai bagi yuran penghantaran anak mereka ke taska dan taman asuhan kanak-kanak.

14. Insurans nyawa dan KWSP

Individu yang membayar insurans atau takaful nyawa dan KWSP tidak termasuk melalui potongan gaji layak menerima pelepasan cukai.

Bagi pelepasan cukai dalam kategori ini, terdapat dua kategori yang terlibat iaitu:

  • Kategori penjawat awam berpencen- pelepasan premium cukai insurans atau sumbangan takaful nyawa adalah sehingga RM7,000.
  • Kategori selain penjawat awam berpencen - pelepasan premium insurans nyawa adalah terhad sehingga RM3,000.
  • Pelepasan caruman KWSP atau skim yang diluluskan pula terhad kepada RM4,000.

15. RM3,000 untuk insurans perubatan dan pendidikan

Individu yang membayar insurans pendidikan dan perubatan melalui potongan gaji juga layak menerima pelepasan cukai sama ada bayaran insurans tersebut untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak.

16. RM3,000 bagi skim pesaraan swasta atau anuiti tertunda

Bagi individu yang membuat caruman ke dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti atau membuat bayaran premium ke dalam Skim Anuiti Tertunda, individu terbabit layak menerima pelepasan cukai.

17. RM250 bagi PERKESO

Bagi individu yang telah mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), individu terbabit layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM250.

Pelepasan cukai ini merangkumi caruman individu yang dibuat atau ditanggung oleh individu lain mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pelepasan cukai pendapatan, anda boleh saja layari laman web LHDN.

Anda juga boleh menghubungi pihak LHDN di talian 03-8911 1000 atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran anda!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment