Cara Mohon & Panduan Pendaftaran Tahun 1 Melalui Online Bagi Sesi 2022/2023 Mulai Mac Ini
Pendaftaran bakal dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April ini.
Pendaftaran untuk Tahun 1 dibuka dari 1 Mac hingga 30 April ini.
Ibu bapa boleh memilih untuk mendaftarkan anak mereka ke sekolah rendah jika mereka berumur tujuh tahun pada tahun depan, atau tahun berikutnya.
Walau bagaimanapun, harus diingatkan pendaftaran melalui online ini hanya terpakai untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja.
Ibu bapa di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan masih perlu membuat permohonan secara manual di sekolah pilihan mereka.
Ini antara kriteria bagi yang ingin memohon untuk pengambilan 2022 akan datang:
- Kanak-kanak yang akan berusia tujuh tahun pada tahun 2022
- Kanak-kanak yang dilahirkan antara 2 Januari 2015 dan 1 Januari 2016
Ini pula kriteria bagi yang ingin memohon untuk pengambilan 2023:
- Kanak-kanak yang akan berusia tujuh tahun pada tahun 2023
- Kanak-kanak yang dilahirkan antara 2 Januari 2016 dan 1 Januari 2017
Begitupun, jika anda ingin mendaftarkan anak anda yang dilahirkan hanya dua minggu sebelum tarikhnya (Misalnya yang lahir antara 2 hingga 15 Januari), ada pengecualian khas.
Anak anda perlu melalui ujian bertulis dan temuduga lisan untuk membuktikan bahawa mereka sudah bersedia untuk bersekolah.
LANGKAH 1: Layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia dan buat akaun anda
Untuk pengguna kali pertama, anda perlu membuat akaun baru. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun, anda boleh log masuk dan skip ke LANGKAH 3.
LANGKAH 2: Isi semua butiran yang diperlukan, kemudian kembali ke skrin utama untuk log masuk ke akaun anda
Isi semua maklumat peribadi anda, dan klik hantar untuk membuat akaun anda. Setelah selesai, anda perlu kembali ke skrin utama dan log masuk dengan akaun yang baru anda buat.
LANGKAH 3: Pilih 'Tahun 1' > 'Permohonan Baharu' > Kemudian isi maklumat yang diperlukan
Setelah anda log masuk, anda boleh scroll ke bawah untuk melihat perkhidmatan online yang ada.
Klik pada 'Tahun 1' untuk mendaftar anak anda ke sekolah rendah. Kemudian, pilih 'Permohonan Baharu' untuk memulakan pendaftaran baru.
Seterusnya, isi semua maklumat yang diperlukan dan hantar. Harus dingatkan semula bahawa pendaftaran baru di laman web ini hanya akan disediakan dari 1 Mac hingga 30 April sahaja.
LANGKAH 4: Sahkan pendaftaran anak anda di sekolah rendah dalam masa 14 hari daripada tarikh pendaftaran online yang anda lakukan
Setelah melengkapkan pendaftaran online antara 1 Mac dan 30 April, anda mempunyai 14 hari untuk mengesahkannya di sekolah yang ditentukan.
Pastikan anda membawa borang pendaftaran, bersama dengan dokumen sokongan ini:
- Surat beranak anak (asal dan salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga (asal dan salinan)
- Surat nikah atau dokumen perceraian (asal dan salinan)
- Bil utiliti (bil elektrik/air/penilaian/sewa/Telekom) dengan nama ibu bapa / penjaga untuk mengesahkan alamat kediaman (asal dan salinan)
- Surat beranak saudara kandung sekiranya mereka belajar di sekolah yang sama (salinan)
- Laporan kesihatan doktor atau kad OKU (jika berkenaan)
- Sampul surat yang dilampirkan sendiri dengan cap yang dilekatkan (tertakluk kepada keperluan sekolah individu)
Apa yang akan berlaku seterusnya?
Anda akan menerima surat pada bulan Julai atau Ogos, yang menyatakan sekolah yang akan dihadiri oleh anak anda. Ingatlah untuk menyimpan surat itu dan membawanya pada hari pertama anak anda di sekolah.
Perlukan bantuan untuk mendaftarkan anak anda ke Tahun 1 di sekolah rendah kerajaan?
Ketahui lebih lanjut dengan menghubungi mereka di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).