Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Siti Saleha Menang Bintang Asia Terbaik Di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024

Tahniah Sally!

Cover image via Kakimuvee ASIAN (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktres cantik, Siti Saleha mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik - Malaysia pada Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024

Menurut laporan Berita Harian, Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum, 34, berjaya menewaskan pesaing dari negara Asia lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina termasuk negara tuan rumah, Korea Selatan.

"Anugerah ini sangat istimewa buat saya. Siapa tak nak terima anugerah di pentas global dan nama dicalonkan bersama aktor dan aktres terkemuka Asia.

"`Saya amat bangga kerana bukan sahaja mewakili Malaysia, tetapi ia juga peluang buktikan ada ramai bakat dari Malaysia yang boleh kembangkan bakat ke luar negara.

"Saya harap dengan platform ini boleh buktikan anak Malaysia ada banyak yang boleh berikan. Anugerah ini ibarat satu permulaan untuk raih kejayaan lebih besar," katanya.

Image via Kakimuvee ASIAN (Facebook)

Image via Kakimuvee ASIAN (Facebook)

Apabila ditanya sama ada sudah bersedia berhijrah demi menggapai impiannya, calon kategori Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 itu mengakui dia akan melakukannya jika keadaan memerlukan

"Kalau ikutkan, saya memang selesa di sini, tapi sudah tentu saya tak menolak jika berpeluang bekerja dengan karyawan antarabangsa.

"Secara kebetulan saya juga minat melancong. Tapi, bukanlah saya nak berhijrah selama-lamanya kerana Malaysia tetap di hati," katanya.

Terdahulu, nama Siti Saleha dicalonkan dalam acara anugerah itu menerusi drama Tonton Original Series berjudul SeOfis yang ditayangkan di platform digital itu pada Januari lalu.

Drama arahan Faizul Jai itu menyaksikan pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu membawakan watak pereka hiasan dalaman bernama Samirah atau Sam yang menyimpan hasrat namanya tersenarai dalam Forbes 40 Under 40.

Image via Kakimuvee ASIAN (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment