Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"So Yummy" - Jom Cuba Resepi Cheesy Chicken Nuggets Yang Menjadi Kegemaran Anak-Anak Ini

So cheesy!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Chicken nuggets bukan sahaja makanan kegemaran kanak-kanak malah juga orang dewasa

Dimakan panas-panas bersama dipping sauce kegemaran anda seperti sos cili, sos tomato atau sos cheese memang sedap. Selalunya, kita akan membeli chicken nuggets frozen dan gorengnya di rumah atau membeli di restoran fast food seperti McDonald's atau KFC.

Kan best kalau kita dapat buat sendiri chicken nuggets? Mesti lebih flavourful dan sedap! Jadi, di sini kami kongsikan resepi cheesy chicken nuggets yang mudah untuk anda buat sendiri di rumah.

Jom lihat perkongsian resepi oleh @meniriij.cooks di Instagram ini.

Image via Spice N' Pans (YouTube)

Bahan-bahan:

  • 1 slice isi dada ayam
  • 1/4 biji bawang Holland
  • 1 sudu besar mayonnaise
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk roti
  • Mozzarella cheese

Cara penyediaan:

1. Potong isi dada ayam ke bahagian yang kecil. 

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

2. Kemudian, masukkan isi ayam ke dalam blender dan kisarkan bersama bawang holland sehingga ia menjadi halus. 

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

3. Pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk. Selepas itu, masukkan mayonnaise, serbuk lada hitam, serbuk cili dan garam secukup rasa. Gaul sebati. 

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

4. Sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

5. Potong mozzarella cheese dalam bentuk segi empat yang kecil. 

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

6. Salutkan isi ayam bersama mozzarella cheese yang dipotong segi empat tadi. Jangan lupa letak sedikit minyak di atas tapak tangan anda supaya ia tidak melekat.

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

7. Selepas itu, salutkan isi ayam bersama mozzarella cheese tadi bersama dengan serbuk roti. Kemudian, goreng di dalam minyak yang panas sehingga ia kekuningan.

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

8. Dah, siap! Sedia untuk dihidang. 

Image via @meniriij.cooks (Instagram)

Kredit resepi: @meniriij.cooks (Instagram)

Nampak sedap betul chessy chicken nuggets tu! Kalau dapat makan sambil tengok Netflix mesti best ni :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment