"Sorry Doh Pak Cik Berat" - Wanita Banyak Kali Minta Maaf Pada Pak Cik Beca Ini Cuit Hati
Pak cik pun ya kan saja.
Seperti yang ramai tahu, negeri Melaka sangat terkenal dengan beca
Beca merupakan antara salah satu tarikan utama kepada pelancong yang datang. Tak sah rasanya kalau kita tak menaiki beca bila sampai di Melaka.
Tambahan pula, beca kini dihiasi dengan pelbagai corak mengikut kreativiti sendiri. Pada waktu malam pula boleh lihat keunikan lampu daripada beca itu sendiri.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berulang kali meminta maaf kepada pak cik beca telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Minta maaf banyak kali sebab cakap diri berat
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu wanita berkenaan bersama seorang rakannya sedang menaiki beca.
Namun, dek kerana melihat kegigihan pak cik tersebut mengayuh. Wanita itu terus meminta maaf kepadanya kerana memberitahu dirinya itu berat.
Apa yang lebih menghiburkan adalah pak cik itu kemudian membalas dengan menyebut "Allahuakhbar" sebaik saja dia meminta maaf. Situasi itu membuatkan mereka tergelak.
Image via @gfdohyun_ (TikTok)
"Selepas kejadian ni pak cik tu terus bersara jadi penarik beca" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 647.8K views, 69.2K likes dan 1,237 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @gfdohyun_ (TikTok)
Image via @gfdohyun_ (TikTok)
Image via @gfdohyun_ (TikTok)
Image via @gfdohyun_ (TikTok)
Image via @gfdohyun_ (TikTok)
Mengucap panjang pak cik tu kak :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment