"Mak Tak Jadi Marah" - Syok Main Susu Macam Pasir, Budak Terus Minta Maaf Ini Bikin Dekah
Nak marah pun serba salah dah.
Memiliki anak sudah pasti akan menghiburkan suasana di rumah
Iyalah, budak yang berada dalam fasa membesar ini, memang semua perkara mereka nak cuba dan nak tahu. Kadangkala, tingkah laku mereka sangat menggeramkan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang budak kecil dilihat bermain dengan susu tepungnya itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kantoi main susu dalam balang, cepat-cepat minta maaf dekat ibu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang bermain dengan sesuatu sambil gelagatnya dirakam ibunya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia kantoi bermain dengan susu tepung dekat ibunya. Dia kelihatan bermain susu tepung itu seperti pasir.
Sebaik saja ibunya cakap bagus, dia terus berdiri sambil meminta maaf kepada ibunya. Tindakannya itu membuatkan ibunya terus rasa hilang nak marah.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Itu lah modal dia orang buat muka comel. Geram kadang, tapi dengar suara manja macam tu memang mama kalah lah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 23M tontonan, 2M tanda suka dan 40K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa geli hati dengan budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @maapakukhilaff (TikTok)
Image via @maapakukhilaff (TikTok)
Image via @maapakukhilaff (TikTok)
Image via @maapakukhilaff (TikTok)
Mak dia auto sejuk hati, tak jadi nak marah! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment