"Tak Jadi Nak Beli" - Tanya Harga Beg Yang Dijual, Wanita Terkejut Cara PS Balas Mesej
Lain kali kena letak harga siap-siap baru senang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Membeli-belah kini lebih mudah dengan adanya pembelian secara dalam talian
Bukan itu saja, ada juga yang menyediakan perkhidmatan seperti personal shopper, di mana anda mereka akan membelikan barangan tersebut untuk anda. Anda hanya perlu membayar harga beg dan upah pada individu berkenaan.
Namun, dek kerana pasti ramai yang mengirimkan barangan sama, pasti personal shopper ini akan sedikit sibuk dan tidak menang tangan melayan pelanggan. Kebiasaannya, mereka akan meletakkan harga jualan terus supaya senang untuk pelanggan melihat.
Berbeza pula situasi yang dihadapi oleh wanita ini apabila dia terkejut dengan cara balasan yang diterima oleh seorang personal shopper ini.
Image via @emiraarahman (X)
Tanya harga sebab PS tak letak, tapi dimarahi pula
Menerusi ciapan tersebut, wanita berkenaan berkongsi dia telah membuat pertanyaan harga beg yang diiklankan oleh seorang personal shopper.
Ia kerana personal shopper tersebut tidak meletakkan setiap harga beg yang diiklankan, membuatkan dia perlu bertanya.
Namun, dia terkejut dengan balasan mesej yang diterima daripada personal shopper itu yang menganggapnya bukanlah serius mahu membeli.
Selepas tularnya ciapan tersebut di laman X, individu berkenaan ada mesej wanita tersebut dan meminta maaf dengan apa yang dilakukan.
Lihat ciapan itu di bawah:
Image via @emiraarahman (X)
Nak senang letak harga siap-siap, tak adalah pelanggan tanya banyak kali betul tak? ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment