Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Pernah Belajar Berenang, Ramai Kagum Adik 3 Tahun Ini Mampu Tahan Nafas Lama Dalam Air

Steady muka adik tu.

Cover image via @amoibajumerah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bermula daripada umur tiga hingga empat tahun merupakan masa yang sesuai buat kanak-kanak untuk belajar berenang

Untuk menjadi perenang yang hebat, mereka perlu belajar kemahiran asas renang yang membawa kepada teknik gaya bebas dan kuak lentang yang baik. Tidak dilupakan, pengawalan nafas di dalam air juga penting. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang budak lelaki berumur tiga tahun mampu mengawal nafas dengan lama di dalam air telah menarik perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selalu selam kepala dalam baldi, sekali dapat kolam terus tak mahu keluar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amoibajumerah, kelihatan seorang budak lelaki yang berumur tiga tahun sedang mandi di sebuah kolam yang tidak dikenal pasti.

Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila budak lelaki tersebut mampu menahan nafas di dalam air dalam jangka masa yang agak lama. Lebih mengagumkan, wajahnya pula nampak steady seperti tiada apa yang berlaku.

Difahamkan, dia tidak pernah belajar berenang, cuma selalu selam kepala di dalam baldi di rumah sahaja. 

Image via @amoibajumerah (TikTok)

Image via @amoibajumerah (TikTok)

"Akak kalau buka mata pun pedih adik oi. Siap pakai goggles kalau nak buka mata. Hebat dahsyat kau dik!" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat budak lelaki tersebut pandai mengawal pernafasan di dalam air. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 162.6K views, 15.4K likes dan 211 comments di Tiktok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:

Image via @amoibajumerah (TikTok)

Image via @amoibajumerah (TikTok)

Image via @amoibajumerah (TikTok)

Image via @amoibajumerah (TikTok)

Image via @amoibajumerah (TikTok)

Power betul adik ni. Ada potensi jadi perenang bila besar nanti :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment