"Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Iftar?" - Jom Follow 7 Akaun YouTuber & Instafamous Ini
Macam-macam menu ada!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pejam celik pejam celik, kita dah pun masuk bulan Ramadan dan umat Islam wajib untuk berpuasa
Cepat betul masa berlalu. Mesti korang dah mula rasa bosan dengan makanan dekat bazar Ramadan dan ingin cuba untuk masak menu berbuka di rumah pula kan?
Tapi tak tahu nak masak apa? Jangan risau, itu perkara normal bila nak decide untuk buat sesuatu. Teringin nak masak macam-macam tapi selalu tak tahu nak mulakan dengan menu apa dulu betul tak?
Dah, jangan pening kepala. Kami dah sediakan siap-siap 7 akaun di Instagram yang korang boleh follow untuk cuba pelbagai resepi berbuka puasa.
Let's check it out:
Image via @khairulaming (Instagram)
Siapa je yang tak kenal dengan chef online kegemaran ramai iaitu Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman.
Terkenal dengan trademark "hey what's up guys, jom kita start", Khairulaming sememangnya ikon yang diminati ramai tidak kiralah golongan muda atau tua. Hal ini kerana menu-menu yang disajikan olehnya adalah simple, menarik dan confirm sedap.
Seperti biasa, setiap tahun Khairulaming akan sediakan 30 resepi berbuka puasa untuk rujukan bagi korang yang tak tahu nak masak apa untuk iftar.
Untuk tahu resepi-resepi terkini daripada Khairulaming, korang boleh klik di sini.
Image via @khairulaming (Instagram)
2. @che_nom
Image via @che_nom (Instagram)
Mula dikenali ramai di YouTube, nama Che Nom sudah tidak asing lagi bagi mereka yang selalu merujuk menu-menu terbaru daripadanya.
Bukan itu saja, Che Nom juga ada berkongsi pelbagai resepi di laman Instagram milik peribadinya khas untuk korang yang malas nak buka YouTube.
Ramai yang meminati Che Nom kerana sikap lemah lembutnya semasa menerangkan resepi setiap kali memuat naik video memasak di media sosialnya. Malah, dapur Che Nom juga sangat bersih dan estetik membuatkan kita tenang melihat videonya.
Untuk tahu resepi-resepi terkini daripada Che Nom, korang boleh klik di sini.
Image via @che_nom (Instagram)
Image via @arianna.kitchen (Instagram)
Gadis cantik manis bernama Arianna ini mula terkenal di Instagram kerana resepi cookies yang enak dan menarik. Dia juga mempunyai bisnesnya sendiri.
Namun, Arianna juga ada menyediakan menu-menu lain seperti minuman dan makanan yang pasti akan membuatkan korang terliur.
Ramadan tahun ini, Arianna juga ada menyediakan 30 hari 30 resepi yang wajib korang cuba untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Untuk tahu resepi-resepi terkini daripada Arianna Kitchen, korang boleh klik di sini.
Image via @arianna.kitchen (Instagram)
Image via @danish.harraz (Instagram)
Chef cilik ini sememangnya terkenal dengan sifat kebaikannya yang suka membantu orang dalam kesusahan. Sebelum ini, Danish telah mendapat perhatian ramai apabila dia menubuhkan badan kebajikannya sendiri ketika baru berusia 9 tahun.
Malah, usahanya itu turut mendapat perhatian media antarabangsa apabila kisahnya dipaparkan di BBC My World iaitu sebuah siri dalam talian yang diterbitkan oleh Angelina Jolie dan BBC World Service.
Danish juga tak lokek berkongsi ilmu masakannya kepada orang ramai. Pelbagai resepi daripada Danish yang korang boleh cuba terutamanya pencuci mulut, biskut dan pasta.
Untuk tahu resepi-resepi terkini daripada Danish Harraz, korang boleh klik di sini.
Image via @danish.harraz (Instagram)
5. dapoq_pdot
Image via @dapoq_pdot (Instagram)
Pemuda yang terkenal dengan video masak tanpa menunjukkan mukanya ini adalah salah seorang chef online yang menjadi kegemaran warganet terutamanya di Instagram.
Dapoq Pdot menyediakan pelbagai jenis resepi minuman dan makanan yang membuatkan korang telan air liur setiap kali melihatnya. Tak percaya? Cuba tengok feed Instagram dia, confirm auto lapar.
Selain itu, menu Dapoq Pdot juga menyediakan menu khusus buat para pelajar di asrama untuk memudahkan mereka masak dengan menggunakan bahan-bahan mudah.
Untuk tahu resepi-resepi terkini daripada Dapoq Pdot, korang boleh klik di sini.
Image via @dapoq_pdot (Instagram)
6. adikfoods
Image via @adikfoods (Instagram)
Terkenal dengan trademark "dah siap..." siapa yang follow adikfoods mesti terus terbayang intonasi akak tu kan?
Loghat Perak adikfoods sememangnya menjadikan mereka lain daripada yang lain, malah menu-menu yang dikongsikan juga adalah sangat mudah untuk dibuat.
Kebanyakan menu daripada adikfoods adalah ciptaan sendiri dan sangat sedap serta sesuai untuk dimakan bersama keluarga.
Untuk tahu resepi-resepi terkini daripada adikfoods, korang boleh klik di sini.
Image via @adikfoods (Instagram)
7. ashhryyyyy
Image via @ashhryyyyy (Instagram)
Akhir sekali, kami akan kongsikan akaun pemilik suara sebenar "sho shedap" iaitu Ashry yang terkenal dengan video memasaknya yang kreatif.
Bukan itu saja, Ashry juga terkenal kerana setiap video masakannya pasti akan disertakan dengan suara latarnya yang sangat laju seperti kereta api.
Tetapi apa yang menariknya, walaupun dia bercakap laju tetapi kita masih dapat tangkap sebutir-sebutir perkataan tersebut. Hebat kan?
Untuk tahu resepi-resepi terkini daripada Ashry, korang boleh klik di sini.
Image via @ashhryyyyy (Instagram)
Haa, lepas ni kalau tak tahu nak masak apa untuk berbuka korang boleh cari semula artikel ni untuk rujukan okay? Selamat berpuasa semua! :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment