Video Pemuda Ini Bantu Penjual Di Bazar Borong Semua Juadah Berbuka Buat Ramai Tersentuh
Inspirasi!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap agama mengajar kita untuk berbuat baik sesama manusia terutamanya membantu mereka yang dalam kesusahan
Lain orang lain persepsi apabila nampak kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Namun, apa yang lebih penting adalah niat sebenar kita.
Biarlah orang kata kita menunjuk sekalipun, jika niat kita ikhlas untuk membantu itu sudah memadai.
Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila kebaikan seorang pemuda mendapat perhatian dan cetus inspirasi buat orang ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Borong semua juadah berbuka di gerai-gerai bazar Ramadan sebab nak bantu penjual
Menerusi rakaman yang dikongsi oleh pengguna bernama @IsskndarAriffin, kelihatan seorang pemuda berjalan dari satu gerai ke gerai yang lain di bazar itu.
Apa yang membuatkan netizen tersentuh adalah apabila dia memborong kesemua juadah berbuka di setiap gerai dan meminta agar penjual sedekahkan makanan itu kepada orang ramai.
Dalam pada itu, kita dapat lihat riak wajah kegembiraan penjual-penjual apabila mereka dibantu oleh pemuda berkenaan.
Hal ini kerana bukan senang untuk menghabiskan kesemua makanan dan minuman yang dijual dalam keadaan pandemik sekarang, lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tak menentu.
"Seronoknya dapat buat macam ni, semoga satu hari nanti kita juga diberi peluang untuk tolong orang” - Netizen
Ternyata, kebaikan yang ditunjukkan oleh pemuda itu berjaya memberikan inspirasi kepada orang ramai.
Malah, ada yang berkata mereka tidak kisah jika tujuan pemuda itu sengaja ingin menunjuk duitnya sekalipun asalkan dia sudah membantu untuk menggembirakan orang lain.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 226K views, 5.4K retweets, 8.1K likes dan 702 quote tweets di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Alhamdulillah, tumpang gembira bila tengok orang lain buat kebaikan macam ni. Big respect to you bro! <3