seismik

"Semua Salah Khairulaming" - Tular Video Gadis Ini Dibebel Ibu Gara-Gara Ayam Tiram Thai

Comel je ibu dia beletiaq.

Cover image via @dummyaaaaa (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak kenal Instafamous dan chef online kegemaran ramai iaitu Khairul Amin Kamarulzaman ataupun lebih mesra dipanggil Khairulaming

Namanya mula mendapat perhatian ramai sejak bulan Ramadan 2018 apabila dia berkongsi 30 resepi ringkas dan sedap sepanjang 30 hari berpuasa. Bukan itu saja, trademarknya juga menjadi ikutan ramai iaitu "hey what's up guys, jom kita start".

Sehingga kini, Khairulaming menjadi idola ramai sekali gus membuatkan pengikutnya yang seramai 2.9M ternanti-nanti menu baru daripadanya setiap kali Ramadan tiba.

Image via Arifah Badli

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Twitter apabila seorang gadis dibebel oleh ibunya gara-gara dia mengajak si ibu pergi membeli bahan untuk masak ayam tiram thai ala Khairulaming mencuri perhatian warganet.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Ajak ibu beli bahan buat ayam tiram thai masa hujan, tak pasal-pasal kena 'beletiaq'

Menerusi video yang dimuat naik oleh gadis bernama Damiya, kelihatan dia sempat merakam ibunya membebel gara-gara dia mengajak ke pasar untuk membeli bahan-bahan buat ayam tiram thai resepi daripada Khairulaming.

"Ni semua Khairulaming punya pasai, haritu depa kalut nak buat ayaq soda. Hujan-hujan pi beli ayaq sirap la, segala soda lah. Segala mak nenek dia pi beli"

"Ni hari ni ayam thai pulak dah, hujan ni Khairul tengok ni hujannn. Aku kena pi beli ayam, daun ketumbaq, daun ketum, semua kena. Haih kena block la hang Khairul," bebel ibunya.

"Jangan guna daun ketum ibu, satgi tak jadi ayam thai dia jadi ayam lain ibu" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih 384K views, 3.5K retweets, 9.8K likes dan 429 quote tweets, rata-rata warganet turut terhibur melihat cara ibu Damiya membebel dalam loghat Kedah.

Ada juga yang berkata ibu mereka pun begitu juga kalau dah mula berleter. Malah, video itu membuatkan ada yang rindu nak buka puasa dengan keluarga tercinta.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Macam tulah perangai mak-mak. Beletiaq panjang mana pun tapi tetap pergi beli juga untuk anak. Betul tak? :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: