seismik

[VIDEO] Pantang Nampak Ibu Bermanja Dengan Ayah, Si Kecil Ini Siap 'Jeling' Tak Puas Hati

Anak bapak betul sampai berebut dengan mama ya, comel je perangai!

Cover image via @natashapremium (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Betul ke orang kata anak perempuan selalunya digelar 'anak bapak' dan tak ngam dengan mak?

Hal ini kerana kebanyakan anak perempuan dilihat sering bertelingkah dengan ibu berbanding ayah, mungkin kerana sama jantina yang membuatkan mereka tidak serasi.

Namun begitu, ibu jugalah yang menjadi kawan baik mereka apabila besar nanti dan menjadi teman untuk berkongsi masalah. Senang cerita, gaduh manja itu biasa.

Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video yang viral di TikTok beberapa hari lalu apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan berebut ayah dengan si ibu mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tak boleh tengok mama rapat dengan ayah, mesti nak 'berebut' lepas tu menangis siap jeling

Video yang dimuat naik oleh Natasha Amira memaparkan situasi kelakar apabila dia sengaja mengusik anaknya di dalam kereta.

Natasha yang tahu anaknya tidak boleh berenggang dengan ayah spontan menyakat bermanja-manja dengan suaminya di depan si kecil itu kerana ingin melihat responnya.

Sebaik saja dia mencium tangan suaminya, kanak-kanak perempuan itu pantas menangis dan mengamuk seolah-olah tidak memberi kebenaran si ibu rapat dengan ayah.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah sebaik saja si kecil itu cepat-cepat pergi ke seat depan dan duduk di atas riba ayahnya, dia siap menjeling ke arah ibunya apabila si ibu berkata "pulangkan sayang mama balik".

"Kemain kau jeling dik, haha marah betul dengan mama dia" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat sebanyak 482.6K views, 40.4K likes dan 3K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu yang berebut 'papa' mereka. Malah, ramai yang bersetuju anak perempuan memang tak boleh tengok ibu mereka rapat dengan ayah sebab jealous.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sekali jelingan maut dia bagi kat mama dia, lawaklah kau dik! Anak korang pun macam ni ke? Cuba komen sikit :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: