[VIDEO] "Susu Abah Masam" - Perbualan Kanak-Kanak Ini Dengan Ayah Buat Netizen Gelak Sakan
"Adik salah guna istilah ni" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat pelbagai ragam kanak-kanak di media sosial yang mencuri tumpuan ramai
Telatah mereka dapat menceriakan hari-hari kita kerana ayat spontan dan jujur daripada mulut mereka kadangkala mencuit hati.
Tidak terkecuali dengan seorang kanak-kanak lelaki ini apabila videonya tular di TikTok baru-baru ini gara-gara borak tentang susu bersama ayahnya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Abah offer bagi susu, tapi anak pula kata susu abah masam
Menerusi perkongsian video daripada @kerol505, kelihatan dia sedang berbual dengan anak lelakinya di dalam kereta.
Kanak-kanak itu bertanya jika ibunya ikut balik sekali, namun si ayah berkata bahawa isterinya tidak balik bersama mereka kerana menjaga atuknya.
Apa yang mencetuskan dekah ramai adalah apabila kanak-kanak tersebut meragam mahukan susu yang dibuat oleh ibunya dan si ayah pantas menjawab supaya minum 'susu abah' malam itu.
Sebaik saja mendengar jawapan si ayah, kanak-kanak itu terus membuat reaksi muka dan berkata "tak nak, masamlah susu abah" sehingga membuatkan ayahnya tergelak dan terus menyakat anaknya.
"Hahaha susu abah masam sebab peluh kot dik, sabarlah ya" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan tular sehingga meraih 285K views, 22.5K likes dan 1.6K shares di TikTok.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen tuurt terhibur melihat gelagat dua beranak itu terutamanya apabila muka kanak-kanak lelaki berkenaan berubah selepas mendengar abahnya offer susu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: