Tak Terima Bayaran, Peniaga Minta Pelanggan 'Rembat' Martabak 50 Keping Tampil Hubunginya
Peniaga itu berharap agar pelanggan terbabit tampil menghubunginya atau terus ke gerai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang peniaga Bazar Ramadan di Bandar Jerantut, Pahang sedang mengesan seorang pelanggan yang membeli martabak di gerainya
Menerusi laporan, difahamkan pelanggannya itu telah membeli 50 keping martabak di gerainya, namun tiada transaksi pembayaran direkodkan di dalam sistem.
Bagaimanapun, pemilik gerai Murtabak Manja itu meminta pelanggan terbabit tampil menghubunginya atau terus ke gerai.
"Assalamualaikum. Maaf sebelum itu, saya nak cari kakak perempuan yang beli dengan Murtabak Manja 50 keping semalam 1 Ramadan.
"Berkenaan bayaran secara ‘transfer’, tak ada dalam sistem. Tapi kami cam muka kakak. Tolong ya kakak muncul kan diri. Hubungi saya atau ke Murtabak Manja," katanya.
Image via Kosmo
Peniaga beritahu kes sudah selesai
Dalam pada itu, terdapat kemaskini daripada peniaga berkenaan yang memberitahu kes tersebut telah pun selesai.
"Alhamdulillah dah selesai kes murtabak abang manja. Terima kasih atas keprihatinan semua," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment