Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Taman Kucing Di Klang Didakwa Abai Kebajikan Haiwan Terbiar, Ada Yang Sehingga Mati

Diharap pihak bertanggungjawab dapat turun dan lihat keadaan sebenar.

Cover image via @pengwinseng (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial baru-baru ini selepas seorang pengguna di laman X berkongsi keadaan yang berlaku di sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor

Dia meluahkan rasa terkejut apabila melihat keadaan sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor seolah-olah terbiar meskipun ia baru dilancarkan dua minggu lalu.

Dalam ciapannya, dia menunjukkan keadaan di sekitar pusat pelindungan tersebut dan mendakwa sehingga ada kucing yang mati di situ.

"Taman Kucing Klang ialah taman perlindungan baharu yang dibina oleh Sime Darby Property dan dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang, bertujuan untuk kucing terbiar. Mereka memberitahu "mewujudkan taman ini sekali gus menjadikan ia sebagai tempat selamat dan penuh sayang untuk kucing"

"Tetapi apa yang kita lihat berkata sebaliknya. Ia dibuka secara rasmi pada 18 Ogos 2024 dan tidak sampai 2 minggu, ini yang kami perhatikan di tempat itu pada 31 Ogos 2024," tulisnya.

Gesa pihak bertanggungjawab dan lihat keadaan

Menurut sumber, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) telah menggesa pihak yang bertanggungjawab terhadap sebuah taman kucing di Klang, Selangor untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang menyatakan terdapat pengabaian kepada kebajikan haiwan berkenaan.

"Berdasarkan pemerhatian yang kita buat menerusi video tersebut, spesifikasi tempat itu tidak menepati Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan kondusif tempat juga tidak menepati yang sepatutnya.

"Pembukaan tempat perlindungan ini bukan berapa modal dibina tetapi kesediaan dan kesinambungan menyeluruh terhadap pengurusan itu penting," katanya.

Difahamkan, individu berkenaan datang kembali untuk melihat keadaan di pusat itu selepas tular dan mendapati ia bertambah lebih baik daripada sebelum ini.

Semoga menjadi iktibar untuk semua dan kucing-kucing ini dapat perlindungan sewajarnya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment