“Teman Berborak” - Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Suami Kantoi Main 'Dating Apps' Dalam Phone
Aduhai, kenapa macam tu.
Alam perkahwinan bukanlah satu fasa yang mudah, kerana anda dan pasangan akan melalui banyak perkara pahit dan getir bersama
Tipulah kalau tidak pernah ada salah faham antara suami isteri betul tak? Namun, itu semua adalah normal. Kita perlu bijak menyelsaikan masalah demi menjaga hati masing-masing.
Tetapi, baru-baru ini tular di Twitter apabila perkongsian seorang wanita yang kecewa dengan perangai suaminya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Kantoi download dating apps bersusun, siap keluar dengan perempuan
Menerusi ciapan tersebut, wanita itu meluahkan rasa kecewa yang kemudian dikongsikan di akaun Twitter @twtmalaywedding dengan memberitahu dia sangat sedih apabila mendapat tahu suaminya kantoi download dating apps di telefon.
Malah, suaminya itu juga kantoi keluar dengan perempuan lain dan menggunakan alasan sebagai teman berborak saja.
"Sudah seminggu saya asyik menangis teringatkan benda ni. Saya minta cerai tapi dia kata dia sayang saya dan anak. Saya pun sayangkan dia dan anak," luahnya.
Wanita itu siap menyuruh suaminya bersumpah di depan Al-Quran untuk tidak mengulangi kesilapannya itu lagi.
"Saya masih adakah patut saya bercerai atau memberi dia peluang kedua? Hati saya masih sakit sangat, kepada siapa saya nak luah? Kepada siapa saya nak bercerita? Terlampau sedih," kongsinya lagi.
Image via Independent
"Lelaki yang dah kahwin tak patut guna dating app. Nak teman berborak? Wife kan ada, borak la" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut simpati atas nasib yang menimpa wanita itu dan ada juga berkongsi perkara sama.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 1,668 retweets, 716 quotes tweets dan 2,181 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Kalau diri tu dah kahwin kena sedar ada tanggungjawab, bukan main dating apps okay :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment