Tiru Gaya Percakapan Orang Perancis, Suara Ala France Arieff Yong Ini Menghiburkan!
Terhibur dengar.
Pelbagai konten kita boleh lihat daripada media sosial sekarang
Ini termasuklah konten berguna seperti tips, agama, dan sebagainya. Malah, kita juga boleh menjumpai konten kelakar yang sememangnya menghiburkan hati.
Sama seperti konten seorang lelaki ini yang ternyata telah menghiburkan hati ramai dengan konten kelakarnya meniru gaya percakapan orang Perancis.
Buat slang cakap Perancis lepas lihat video
Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Arieff Yong itu pada awalnya berkongsi video di mana seorang wanita Perancis sedang ditanyakan soalan mengenai makanan kegemarannya.
Namun, apa yang mencuit hati adalah dia kemudian membuat parodi dengan melakukan perkara yang sama tetapi dalam versi makanan Malaysia.
Lebih menghiburkan lagi adalah gaya percakapannya yang tidak ubah seperti orang Perancis.
Image via @arieffyong (TikTok)
"Lama-lama dengar macam slang Kedah, seri mukioq" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan reaksi terhibur mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.7M views, 518.9K likes dan 8,045 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @arieffyong (TikTok)
Image via @arieffyong (TikTok)
Image via @arieffyong (TikTok)
Nak tersembur dengar dia punya slang tu :D
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment