Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tonton Anime Popular Daripada Saluran Animax, GEM Ini Dengan Hanya RM9.90 Sebulan!

Peminat Anime, sila hadir!

Cover image via Tonton

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik untuk para peminat Anime dan drama Jepun!

Bermula pada 24 April 2023 ini, saluran Animax dan GEM akan turut bersiaran menerusi platform Tonton.

Animax adalah saluran televisyen khusus yang menyiarkan kandungan anime berbahasa Jepun serta program anime yang dialih suara ke dalam bahasa Inggeris. Saluran ini beroperasi di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.

GEM pun ada! GEM adalah saluran yang menyiarkan kandungan pelbagai genre, ini termasuk drama dan rancangan hiburan variasi yang diperoleh khas dari Jepun. 

Berikut adalah pilihan Anime yang kami syorkan dan siri-siri menarik dari GEM adalah:

Image via Tonton (Facebook)

1) Tokyo Revengers

Image via IMDb

Kehidupan Takemichi Hanagaki menjadi lebih suram tatkala dia mengetahui tentang pemergian bekas wanitanya, Hina Tachibana, akibat pertikaian yang melibatkan Geng Tokyo Manji.

Pada keesokan harinya, setelah dia pulang dari kerja sambilannya, Takemichi telah ditolak dari platform kereta api bawah tanah oleh seseorang. Kejadian ini membawanya ke masa lalu. Takemichi telah membuat keputusan untuk mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan kematian bekas wanitanya.

2) Haikyuu!!

Image via IMDb

Setelah menyaksikan perlawanan bola tampar, Shōyō Hinata telah mendapat inspirasi untuk memasang hasrat bagi menjadi “Little Giant” yang seterusnya. Oleh demikian, dia telah menyertai kelab bola tampar sekolah menengah rendahnya. 

Setelah merekrut ahli-ahli baharu, mereka telah menyertai suatu pertandingan. Mereka telah bertemu dengan sekolah yang mempunyai reputasi tinggi yang juga mempunyai pemain hebat iaitu Tobio Kageyama.

3) Cells At Work!

Image via Tonton

‘Cells At Work!’ adalah adaptasi anime siri manga original yang diterbitkan oleh David Production. Siri ini memaparkan sel-sel tubuh manusia yang antropomorfik. Dua protagonis utama adalah sel darah marah dan sel darah putih.

1) Dear My Loneliness and Darkness

Image via AsianWiki

Kisah ini menceritakan tentang penyatuan Mio bersama rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, tragedi bermula apabila seorang demi seorang rakannya mula bertemu maut.

2) Avalanche

Image via AsianWiki

Seiichi Habu merupakan ahli kumpulan penjahat misteri Avalanche. Kumpulan tersebut wujud tatkala moral ahli politik, birokrat, perniagaan dan juga kalangan orang biasa tidak memuaskan.

3) Hiru

Image via Tonton

Yuki Shinomiya merupakan jejaka berusia 21 tahun yang tidak mempunyai kawan. Dia telah menghabiskan hari-harinya yang sunyi menjalankan tugasnya sebagai pekerja sambilan. 

Pada suatu hari, dia telah pulang dari kerja dan mendapati terdapat seorang lelaki aneh dengan kesan tikaman pisau yang sedang duduk di dalam biliknya.

Sertai Tonton di Anime Fest dari 29 April hingga 1 Mei ini

Seiring dengan kemas kini menarik ini, Tonton juga akan menyertai acara Anime Fest yang bakal dijalankan di Tropicana Gardens Mall pada 29 April hingga 1 Mei. Jangan lupa untuk singgah ke reruai Tonton untuk pelbagai aktiviti menarik!

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Tonton di Apple Store dan Google Play sekarang! Jika anda inginkan kandungan yang lebih eksklusif dan premium, langgani TontonUp untuk hanya RM9.90 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Tonton atau ikuti mereka di Instagram.

Image via Tonton (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment