Translate Ayat Bahasa Cina Dekat Dinding Bangunan, Cara Wanita Ini Pula Menghiburkan
Dengan santainya dia translate.
Mempunyai kawan yang 'sekepala' dengan kita sememangnya menghiburkan
Semua benda boleh dikatakan akan menjadi kalau ajak kawan yang sebegini. Tidak dinafikan kalau mereka tiada, sedikit sebanyak pasti kita akan berasa sunyi betul tak? Tambahan lagi, jika lihat perangai mereka yang sentiasa menghiburkan hati.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat rakannya yang translate ayat dari bahasa Cina ke bahasa Melayu telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Sempat baca ayat dekat dinding kedai masa tengah minum
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang bersama dengan seorang rakannya di sebuah kedai makan.
Namun, rakannya itu tiba-tiba membaca ayat bertulisan Cina di dinding kedai makan tersebut. Apa yang lebih menghiburkan adalah cara dan suaranya bercakap seolah-olah seperti orang Cina.
"Hidup ini umpama roda, kadang kita dekat atas, kadang kita dekat bawah," katanya.
Situasi itu membuatkan orang disekelilingya juga turut terhibur mendengarnya.
Image via @syazwanikhai (TikTok)
"Selamba ko dik. Abang kat belakang pun tak boleh cover gelak" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3M views, 262.8K likes dan 1,848 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @syazwanikhai (TikTok)
Image via @syazwanikhai (TikTok)
Image via @syazwanikhai (TikTok)
Image via @syazwanikhai (TikTok)
Image via @syazwanikhai (TikTok)
Image via @syazwanikhai (TikTok)
Sempat lagi dia translate sambil buat slang Cina tu :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment