Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Trend Mesej Kotak Paling Berguna, Abang Bomba Ajar Step-By-Step Cara Guna Alat Pemadam Api

Bomba TTDI mengajar panduan menggunakan alat pemadam api dengan kaedah 'PASS'.

Mesti ramai yang perasan dengan trend mesej-mesej yang disampaikan melalui tulisan pada potongan kotak lalu dimuat naik dalam laman-laman sosial

Bermula dari awal bulan Februari, rakyat kita diperkenalkan dengan trend menulis pesanan ringkas di atas kotak dan mengangkatnya di tempat-tempat terbuka. Pelbagai isu telah dibangkitkan yang ternyata boleh dibincangkan kepada umum.

Image via Twitter

Kreatif, trend yang juga dikenali sebagai #kotakchallenge di laman Twitter ini menjadi salah satu cara bagi pengguna media sosial menyampai atau meluahkan mesej mereka kepada masyarakat.

Terdapat pelbagai mesej kotak disampaikan oleh netizen, ada di antaranya yang mencuit hati, ada juga yang mendapat kritikan daripada orang awam.

Image via Twitter

Image via Twitter

Tidak mahu ketinggalan, abang-abang bomba kesayangan kita juga tidak mahu terlepas daripada trend mengangkat kotak ini

Berbeza dengan #kotakchallenge yang lain, abang-abang bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur menggunakan trend ini untuk mendidik orang ramai step-by-step cara menggunakan alat pemadam api.

Image via Faceebook @bomba.ttdi

Jom, belajar dengan abang-abang bomba ini!

Image via Faceebook @bomba.ttdi

1. “Pull” (Tanggal) – Tanggalkan pin keselamatan daripada alat pemadam api. Pastikan alat pemadam api ditegakkan.

Image via Faceebook @bomba.ttdi

2. “Aim” (Acu) – Acukan muncung alat pemadam api ke arah dasar api. Jangan lupa untuk periksa arah angin ye..

Image via Faceebook @bomba.ttdi

3. “Squeeze” (Tekan) – Tekan tuil atas alat pemadam api. Pastikan anda berdiri pada jarak kira-kira satu hingga 1.5 meter daripada api.

Image via Faceebook @bomba.ttdi

4. “Sweep” (Sembur) – Semburkan ke arah api dengan cara menyapu dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Padamkan api sepenuhnya.

Image via Faceebook @bomba.ttdi

Jangan lupa untuk kongsikan mesej penuh ilmu ini dengan orang ramai!

Image via Faceebook @bomba.ttdi

Berguna, memang berguna. Jangan bila ada kecemasan baru kelam-kabut tidak tahu nak buat apa, ya!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah tengok video abang bomba buat CPR pada seekor anak kucing?

Lagi artikel menarik di laman SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment