Rakyat Malaysia Bangga Akhirnya 'Ultraman Ribut' Diangkat Jadi Watak Utama Siri Ultraman!
Ributto Boleh!
Tiada siapa menjangkakan Ultraman Ribut yang pada asalnya hanya muncul dalam siri animasi Upin dan Ipin kini menjadi salah satu watak yang sangat penting dalam siri terbaru Ultraman
Sebut sahaja nama Ultraman, pasti kanak-kanak di Malaysia bahkan para bapa yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an juga tahu dan kenal dengan Perwira Planet Cahaya Nebula M78 berkenaan.
Kini, Tsuburaya Production baru sahaja melancarkan siri Ultraman mereka di YouTube yang bertajuk Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy yang berdurasi lebih kurang 12 minit setiap episod.
Siri kali ini menampilkan Ultraman Ribut sebagai salah satu watak utama bersama beberapa Ultraman lain termasuk Ultraman Max dan Zero dalam menangani musuh angkasa yang bernama Absolute Tartarus.
Jadi sebutan sejak kebelakangan ini dalam kalangan peminat siri Ultraman lebih-lebih lagi rakyat Malaysia
Populariti Ribut mula meledak di Jepun sejak siri Ultraman yang ditayangkan tahun lepas sebagai watak sampingan, Ultra Galaxy Fight: New Generations Heroes pada tahun lalu.
Ianya sekaligus telah berjaya mengangkat nama Ultraman Ribut untuk beraksi sebagai watak utama pula dalam siri terbaru kali ini.
Menariknya tentang Ultraman Ribut ini adalah teknik berlawan yang digunakan ketika berlawan dengan musuhnya, jika anda perasan ianya seolah-olah menggunakan teknik seni mempertahankan diri Pencak Silat.
Anda juga boleh tonton episod satu, Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy yang telah pun ditayangkan di channel YouTube mereka sekarang di bawah:
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terutamanya rakyat Malaysia berbangga kerana akhirnya Ultraman Ribut diberi watak utama dalam siri Ultraman di Jepun
Berikut di bawah antara komen daripada netizen selepas menonton episod satu, Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy:
Anda mahu menyelamatkan galaksi bersama Ultraman Ribut?
Image via Muhamad Nadhir Ismail (Facebook)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment