[VIDEO] 7 Tahun Kumpul Duit Kahwin Bersama Pasangan, Last-Last Kahwin Dengan Orang Lain
Duit tabungan itu pula diambil oleh teman lelakinya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Impian hubungan semua pasangan di luar sana semestinya sehingga dapat menjenjang pelamin
Disebabkan itu, ramai pasangan di luar sana bertungkus lumus mencari rezeki untuk menghalalkan sesuatu hubungan. Tidak mudah untuk pasangan mendirikan masjid mereka. Oleh itu, tidak hairan jika kedua-dua pasangan mengumpul duit kahwin bersama.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita mengumpul duit kahwin bersama pasangannya selama 7 tahun tetapi tidak jadi berkahwin mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teman lelakinya tergamak mengambil duit tabung untuk berkahwin dengan perempuan lain
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sharaadw, kelihatan seorang wanita sedang meluahkan rasa sedihnya gara-gara perbuatan teman lelakinya.
Malah, wanita itu sudah 3 hari tidak makan akibat kejadian tersebut sehingga rakan wanita itu terpaksa memesan makanan kegemaran untuknya.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila wanita tersebut makan sambil menangis kesedihan memikirkan duit tabung yang dikumpul bersama ternyata digunakan untuk berkahwin dengan perempuan lain. Dia juga baru mengetahui yang teman lelakinya berkahwin sejak seminggu yang lalu.
Image via @sharaadw (TikTok)
Image via @sharaadw (TikTok)
Image via @sharaadw (TikTok)
Image via @sharaadw (TikTok)
"Ya Allah, tengok saja pun sakit apa lagi dia" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut bersimpati terhadap wanita itu. Malah, ada yang ingin berjumpa dengan teman lelakinya dan memarahinya.
Selain itu, ada juga yang memberi sokongan kepada wanita itu supaya terus kuat dan tabah. Ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman mereka menabung duit kahwin bersama pasangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 3.5M tontonan, 333K tanda suka dan 14K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @sharaadw (TikTok)
Image via @sharaadw (TikTok)
Image via @sharaadw (TikTok)
Image via @sharaadw (TikTok)
Kesian tengok akak ni, kita doakan supaya dia tabah dan kuat. You deserve better! :')
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment