[VIDEO] "Ajar Isteri Jerman Cakap Melayu" - Lenggok Bahasanya Pula Curi Tumpuan Netizen
Comel je!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perkahwinan campur kini sudah menjadi kebiasaan di Malaysia
Ada yang berkahwin dengan pasangan yang berlatarbelakangkan budaya dan adat lain. Kepelbagaian bangsa dalam sesuatu perkahwinan ini sangat unik dan boleh memeriahkan lagi suasana hubungan itu.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki Melayu mengajar isterinya berbahasa Melayu curi tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba cakap Melayu, lenggok bahasanya sangat unik dan comel
Menerusi video yang dimuat naik oleh @amirchelly di TikToknya, kelihatan dia sedang mengajar isterinya bercakap dalam bahasa Melayu.
Apa yang curi tumpuan adalah apabila isterinya kelihatan gigih dan bersemangat bercakap Melayu sehinggakan lenggok bahasanya itu seakan-akan sama seperti bahasa Melayu tulen.
Apa yang lebih lucu lagi adalah pada akhir video, dia diejek oleh suaminya lantas mengatakan 'haish' itu menarik perhatian netizen.
Lihat video sambungan penuh di bawah:
"Takpa, pelan-pelan nanti mesti fasih bahasa Melayu" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan kagum melihat pasangan itu. Malah, ramai yang mengatakan wanita itu comel.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 1.5M tontonan, 130K tanda suka dan 440 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @amirchelly (TikTok)
Image via imgur.com
Image via @amirchelly (TikTok)
Image via @amirchelly (TikTok)
Image via @amirchelly (TikTok)
Comel lenggok bahasanya tu, macam orang Melayu betul bila cakap! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment