"Dari Atas Sampai Bawah Sama" - Gadis Ini Bengang & Malu Jumpa Kembar Tak Seiras Di Luar
Siapa pernah mengalami situasi ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Trend fesyen terkini tidak dinafikan telah mempengaruhi ramai remaja di luar sana
Pemakaian baju yang kelihatan cantik dan comel itu bukan saja menarik perhatian ramai orang, malah penjual baju kadangkala juga menjual fesyen dan fabrik yang seakan-akan sama mengikut trend kehendak semasa. Sebab itu, baju yang kita beli kadang kala tersama dengan kawan kita bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan dua orang remaja memakai baju dan seluar yang sama ketika berjalan-jalan di taman mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Malu terserempak orang tak kenal tetapi fesyen dari atas sampai bawah serupa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_panggilajalia, kelihatan seorang gadis sedang dirakam oleh rakannya di sebuah taman rekreasi.
Apa yang lebih melucukan lagi adalah apabila seorang lagi remaja dilihat memakai baju yang sama dengan gadis itu. Bukan setakat baju, tetapi tudung dan seluar juga sama warna dan stailnya.
Remaja itu dan rakan-rakannya dilihat malu ingin berjalan bersebelahan dengan gadis itu. Gadis yang dirakam itu juga kelihatan bengang.
"Malu, aku lagi rela beli baju kat kedai lain" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan video tersebut. Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 12.5M tontonan, 1.2M tanda suka dan 35K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: