seismik

[VIDEO] Confident Beri Nasihat Cinta, Sekali Satu Apa Yang Dia Cakap Pun Tak Faham

Aduh pening la dengan kau ni dik!

Cover image via @nurdayana_arif (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sering menerima nasihat cinta daripada rakan-rakan terdekat bukan?

Kadang kala bukan saja nasihat cinta, kita juga menasihati rakan kita soal cinta apabila mereka sedang mengalami masalah dengan pasangan. 

Tular baru-baru ini video seorang remaja memberi nasihat cinta kepada rakannya tetapi ayatnya kurang difahami mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sakan bercakap sehinggakan ayat berterabur dan tidak difahami mesej yang cuba disampaikan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurdayana_arif di Twitter, kelihatan seorang remaja sedang merakam rakannya di parking lot.

Apa yang lebih menarik adalah apabila rakannya itu sakan memberikan nasihat cinta tetapi satu apa pun tidak difahami. Mesej yang cuba disampaikan membuatkan semua meninggalkan tanda soal dan tertanya-tanya maksud sebenar pemuda itu.

"Weh apa yang cuba dia sampaikan ni, cuba translate sikit yang power sastera tu" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki tersebut. Malah, ramai yang cuba untuk menjelaskan mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh lelaki itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 617K views, 8K retweets, 7K quote tweets dan 8K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Ada sesiapa yang dapat tangkap tak apa yang dia cuba sampaikan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: