seismik

[VIDEO] "Kalau Sayang Pakaikan Helmet" - Polis Ini Selamba Tegur Pasangan Dari Tingkap

Terkejut ingatkan siapa yang tegur, rupanya polis.

Cover image via @iqbalindratno (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Peraturan di atas jalan raya perlu dititikberatkan oleh semua pengguna jalan raya demi menjamin keselamatan

Termasuklah pemakaian topi keledar untuk pengguna motosikal dan pemakaian tali pinggang keledar untuk pemandu dan penumpang kereta. Hal ini demikian kerana keselamatan perlu diutamakan apabila berada di atas jalan raya. 

Baru-baru tular sebuah video di TikTok yang memaparkan polis menegur sebuah pasangan di atas jalan raya mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Polis selamba tegur "kalau sayangkan kekasih pakaikan helmet" melalui tingkap kereta

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah pasangan sedang menunggang motosikal ke sesuatu destinasi yang tidak diketahui.

Lelaki yang menunggang motosikal itu kelihatan memakai helmet tetapi kekasihnya yang dibelakang tidak mengenakan helmet di kepalanya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sekumpulan polis dalam kereta bertindak untuk menurunkan tingkap sambil menegur "kalau sayangkan dia, pakaikan helmet" kepada lelaki berkenaan.

Pasangan itu lantas terkejut dan tersengih depan polis itu. Situasi berkenaan telah mengundang tawa netizen. 

"Member auto panik, pucat terus muka, tu yang terus bawa motor ke depan" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan tindakan polis itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 129K tanda suka dan 2K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Haa, kan dah malu. Jangan lupa pakai helmet guys! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: