[VIDEO] "Biar Betul Ikan Pura-Pura Mati?" Eksperimen Hidupkan Ikan Ini Buat Ramai Terpukau
"What the fish" - Netizen
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita memang selalu beli ikan di pasar yang dah siap siang bukan?
Kalau tidak pun, mesti tangkapan itu sudah mati dan kita tinggal siang bila nak masak. Tetapi tahukah anda sebenarnya kita boleh hidupkan semula ikan yang mati?
Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki membuat tutorial untuk hidupkan ikan laga yang telah mati menggunakan garam mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bubuh garam dan daun bawang, ikan kembali hidup dengan ajaibnya
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang membuat tutorial untuk hidupkan ikan laganya yang telah mati.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki itu berjaya menghidupkan semula ikan laga dengan menggunakan air, garam dan daun bawang. Ikan laganya itu dilihat bergerak-gerak dan mula berenang selepas beberapa minit.
Eksperimennya tidak berhenti setakat itu, dia juga gigih menghidupkan ikan talapia ibunya untuk mendapat kepastian. Kali ini, dia menggunakan air, garam, bawang dan cili. Pada akhir video, kelihatan ikan tersebut bergerak dan kemudiannya hidup.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mungkin selama ni ikan tu pengsan je" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan eksperimen tersebut. Malah, ramai yang tidak percaya sehinggakan mahu mencuba ikan yang ada di rumah.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 18M tontonan, 1.4M tanda suka dan 28K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: