seismik

[VIDEO] "Gelabah" - Pengunjung Pasar Raya Panik Berebut Susu Viral Konon Cegah Covid-19

Tak relaks langsung!

Cover image via @dewidisini1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Difahamkan majoriti negara di dunia ini masih bergelut dengan pandemik Covid-19

Sebab itu, kerajaan di negara masing-masing telah melaksanakan lockdown untuk mengawal penularan jangkitan wabak Covid-19 ini. Dengan mengawal pergerakan masyarakat di sesuatu kawasan, penularan jangkitan wabak ini dapat dikurangkan. 

Namun begitu, tular baru-baru ini video di TikTok yang memaparkan pengunjung pasar raya di Indonesia panik berebut susu yang kononnya mencegah penyakit Covid-19 mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Panik berlari untuk dapatkan susu viral di pasar raya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dewidisini1, kelihatan sekumpulan pengunjung pasar raya sedang berlari ke sesuatu arah yang sama. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka panik berebut susu viral yang kononnya dapat mencegah Covid-19. Malah, mereka kelihatan tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika membeli susu tersebut. 

"Macam berebut roti Gardenia kat Malaysia" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netize turut geram dengan pengunjung yang berebut susu itu. Malah, ramai yang bertanya tentang kebaikan susu beruang. 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 11M tontonan, 618K tanda suka dan 10K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Pening tengok video ni. Korang jangan nak panic buying pula ya! ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: