seismik

"Kerusi Jadi Rendah Tiba-Tiba" - Pembaca Berita Ini Cuba Cover Sewaktu Live Buletin Pagi

"Lawak lah, tapi respect dia stay profesional" - Netizen

Cover image via @jagindas786 (TikTok) & @amirulhakimlokman (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Buletin utama merupakan salah satu medium untuk kita mengetahui berita-berita terkini di Malaysia

Tugas sebagai penyampai berita bukan sesuatu pekerjaan yang mudah. Pembacaan skrip dan intonasi perlu sesuai untuk menyampaikan mesej yang sebenar kepada masyarakat.

Oleh sebab itu, banyak kerja belakang tabir perlu dilakukan oleh crewmate untuk memastikan buletin itu dijalankan dengan sempurna. 

Namun begitu, baru-baru ini tular di TikTok tentang video lama seorang penyampai berita yang mengalami masalah teknikal ketika live itu curi tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@jagindas786

siapa pernah tengok berita ni masa live?

bunyi asal - Jagindas - Jagindas

Penyampai berita cover gelabah dan masih profesional bila kerusinya tiba-tiba menurun

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pembaca berita terkenal iaitu Amirulhakim sedang menyampaikan buletin di studio. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila kerusinya tiba-tiba menjadi rendah dan menurun ketika dia sedang menyampaikan berita tersebut. Dia langsung tidak kelihatan gelabah, malah dia terus bersifat profesional.

Situasi tersebut telah mengundang dekah orang ramai lalu meninggalkan komen yang menarik. 

    "Kalau aku dah berdekah sendiri, tak boleh cover dah" - Netizen

    Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video berkenaan. Malah, ada yang kagum dengan sifat profesional yang ditampilkan oleh penyampai berita tersebut.

    Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mendapat 154K tontonan, 5K tanda suka dan 300 komen di TikTok.

    Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

    Aduhai, buat hal lah kerusi ni pun. Nasib baik dia tak menggelabah :'D

    LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

    Image via SAYS Seismik

    You may be interested in: