[VIDEO] "Apa Perasaan Korang" - Wanita Kongsi Rakaman CCTV Tunjuk Perangai Sebenar Penjaga
Kesian kucing-kucing tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai di sini sangat menyukai kucing sehinggakan ada yang tidur bersama-sama bukan?
Mereka ini juga ibarat peneman dan penghibur hati kita dikala duka. Seronok sebenarnya mempunyai kucing peliharaan sendiri, macam-macam telatah kita boleh lihat.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita mendedahkan perangai sebenar penjaga kucingnya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Upah jagakan kucing, tapi terkejut bila tengok CCTV
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan kucing-kucing miliknya dilayan kasar.
Difahamkan, dia mengupah seorang individu untuk menjaga kucing-kucingnya ketika dia tiada. Namun, dia terkejut selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan perbuatan sebenar penjaga itu.
Individu itu dilihat mencampakkan kucing-kucingnya ke dalam sangkar. Menurut wanita itu, individu itu sudah lama tinggal di kawasan perumahan berkenaan dan ramai yang mengupahnya untuk mengemas rumah termasuklah menjaga kucing mereka.
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Image via @rosella_rosell (TikTok)
"Alamak, ni baru kucing. Kalau upah jaga budak macam mana agaknya" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.9M views, 134.3K likes dan 14.6K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Image via @rosella_rosell (TikTok)
Geram pula tengok, suka hati je campak macam tu!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment