seismik

[VIDEO] Tiada Pengawasan Ibu Bapa, Budak Lari Melintas Jalan Ini Cetus Kemarahan Ramai

Nasib baik tiada apa-apa berlaku!

Cover image via Abdul Rashid Mohamad Al-Hedra (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang, pemasangan dashcam itu amat diperlukan dalam setiap kereta

Bukan apa, dashcam ini bertindak sebagai ‘mata’ dan mampu menolong kita untuk melihat pelbagai situasi ketika berada di jalan raya. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai bukti nanti. Sebab itu pentingnya ada dashcam.

Baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang budak lelaki berlari melintas jalan raya telah mencetus kemarahan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berlari masa melintas jalan raya, sikit lagi nak kena langgar

Menerusi posting tersebut, kelihatan satu rakaman daripada dashcam memaparkan seorang budak lelaki nyaris dilanggar selepas dia berlari melintas jalan raya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pantai Puteri, Melaka. Pada awal rakaman itu kelihatan kereta itu baru saja keluar dari tempat parking dan ingin menuju ke destinasi seterusnya.

Namun, muncul seorang budak lelaki dengan pantas berlari melintasi jalan raya menyebabkan kereta itu terpaksa menekan emergency break. Mujur saja tiada apa-apa yang berlaku kepada budak tersebut.

"Respect driver, alert dengan keadaan sekeliling" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi dan memarahi ibu bapa budak itu kerana tidak mengawasinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 357 likes, 132 comments dan 69 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Berderau jantung tengok video tu, mujur driver sempat tekan break!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: