Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Ayah 'Buka Mulut' Lepas Doktor Tegur Bagi Anak Habiskan Semangkuk Gulai Kaki Ayam

Setiap ibu bapa ada cara masing-masing.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini apabila seorang doktor menegur tentang isu pengambilan makanan untuk kanak-kanak

Doktor yang dikenali sebagai Dr Kenneth Wong itu menegur sebuah video viral di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki menghabiskan semangkuk gulai kaki ayam sambil dirakam oleh ayahnya.

Menurut Dr Kenneth, dia berasa sedih dan risau melihat video berkenaan kerana zaman sekarang, ramai kanak-kanak berdepan dengan masalah obesiti kerana ibu bapa tidak mengawal pengambilan makanan mereka.

Si ayah tampil buka mulut dan jelaskan situasi sebenar

Susulan tularnya video itu di beberapa platform media sosial, ayah kanak-kanak yang bernama Aniq itu tampil memuat naik video dengan tujuan membalas kepada nasihat Dr Kenneth.

Dia mengakui nasihat Dr Kenneth ada betulnya dan menjelaskan kuantiti makanan tersebut sebenarnya tidaklah terlampau berlebihan.

"Alamak, doktor ini sedih pula tengok bang aji makan. Tapi doktor ini bagi nasihat semua betul. Memang betul bang aji makan kaki ayam satu mangkuk. Tapi dalam mangkuk tu ada enam batang saja kaki ayam. Kaki ayam tu kecil saja. Kalau satu mana kenyang. Dia makan enam batang.

Dia makan dengan nasi, tapi tak habis pun. Jangan risau tentang bang aji. Dia sihat saja. Dia makan masakan yang ibu dia masak yang mana kurang gula dan kurang garam.

Di rumah bang aji, gula sekilo tahan tiga bulan. Percaya ke tidak. Cuba komen. Jangan risau, doakan kesihatan bang aji," jelasnya.

Lihat video penuh di bawah:

Hanya ibu bapa saja yang faham perasaan seronok bila anak berselera makan. Yang penting anak membesar dengan sihat :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment