[VIDEO] Buat Tema Ala-Ala Macam Cerita ‘Wednesday’, Majlis Kahwin Ini Jadi Perhatian Ramai
Cantik juga.
Pasti ramai di sini yang sudah menonton drama siri popular di Netflix iaitu Wednesday bukan?
Drama siri itu telah mendapat sambutan hangat oleh kerana jalan cerita dan karakter di dalamnya. Banyak di media sosial kita boleh lihat sekarang konten mengenainya.
Seperti yang kita tahu, gadis bernama Wednesday itu hanya suka akan pada warna gelap iaitu hitam dan tidak menyukai warna lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah majlis perkahwinan yang bertemakan warna ala-ala dalam drama siri tersebut telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Pilih warna gelap sebagai tema majlis kahwin
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi tema majlis perkahwinan kakaknya bersama suami. Dapat dilihat ia adalah warna gelap di antara hitam dan maroon.
Lebih menarik perhatian lagi, difahamkan majlis perkahwinan itu diinspirasikan daripada drama siri popular Wednesday. Malah dia juga berkongsi beberapa dekorasi dan goodies bag di majlis tersebut.
Lihat video lain itu di bawah:
"Nice betul pelamin ya, lawa-lawa pandai pilih tema" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Malah, ada juga yang memuji tema itu cantik.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 781.7K views, 59K likes dan 213 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @amirhakimior (TikTok)
Image via @amirhakimior (TikTok)
Image via @amirhakimior (TikTok)
Image via @amirhakimior (TikTok)
Image via @amirhakimior (TikTok)
Demam Wenesday betul ni, tapi tak apa pilihan di tangan masing-masing. Yang penting tetap cantik! :D
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment