Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Buaya Mendarat" - Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen Menari Dengan Buaya Di Rumah

Bukan buaya darat, buaya mendarat dah ni!

Cover image via @dapinhensi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebanyakan pencinta haiwan pasti akan memelihara haiwan kegemaran mereka di rumah

Dengan kehadiran haiwan kegemaran, ia boleh dijadikan sebagai peneman atau kawan di rumah. Ramai yang memelihara kucing, arnab, ikan dan lain-lain haiwan yang jinak.

Namun begitu, ada juga segelintir orang yang mempunyai minat untuk memelihara haiwan yang liar seperti ular, harimau, buaya dan banyak lagi. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menari dengan haiwan peliharaannya mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 


Sakan menari, sekali buaya peliharaannya buat kemunculan depan kamera

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang merakam dirinya untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.

Apa yang lebih menarik adalah apabila pada pertengahan video, lelaki itu dilihat sakan berjoget dangdut di depan kamera. 

Lebih melucukan lagi, buaya peliharaannya muncul depan kamera seolah-olah ingin berjoget sekali bersama tuannya itu. Difahamkan, buaya itu merupakan haiwan peliharaan yang paling disayangi di rumah. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Apabila buaya darat dan buaya air bersatu" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang terkejut dengan haiwan peliharaannya yang kelihatan jinak itu. Tambahan lagi, ada juga yang menyakat lelaki itu dengan perkataan buaya darat. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 15M tontonan, 2.4M tanda suka dan 29K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @dapinhensi (TikTok)

Image via @dapinhensi (TikTok)

Image via @dapinhensi (TikTok)

Image via @dapinhensi (TikTok)

Image via @dapinhensi (TikTok)

Buaya pun nak ikut joget sekali guys! Seram pula tengok :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment