[VIDEO] Budak Tiba-Tiba Lari Ke Arah Kereta, Driver Pula Yang Kena Marah Ini Curi Tumpuan
Nasib ada dashcam jadikan bukti.
Seperti umum ketahui, budak kecil perlu sentiasa diawasi oleh ibu bapa walaupun di mana kita berada
Iyalah, kadangkala ada yang nakal sampai berlari sana sini. Ada juga yang sering menghilang sehingga buatkan ibu bapa sakit jantung melihat mereka.
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki dilihat berlari ke arah kereta telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Salah budak itu lari ke arah kereta, tetapi driver pula yang disalahkan
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman dashcam sebuah kereta sedang dipaparkan. Rakaman itu menunjukkan sebuah kereta Myvi biru yang didepannya sedang berjalan di sebuah lorong.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila tiba-tiba seorang budak lelaki didapati berlari ke arah kereta sehingga dia terlanggar dan terjatuh.
Namun, perkara itu disalah sangka oleh keluarga budak itu. Keluarganya terus memarahi tindakan driver itu yang seolah-olah seperti driver yang melanggar anak mereka.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Salah parents, driver tak salah. Wrong is wrong. I'm sad parents are so careless." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 49K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ibumubidara (TikTok)
Image via @ibumubidara (TikTok)
Image via @ibumubidara (TikTok)
Harapnya lepas ini ibu bapa lebih peka dengan gelagat anak-anak ya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment