Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Bukan Di Negara Arab, Hiasan Bagi Sambutan Ramadan Di London Tarik Perhatian

Meriah juga.

Cover image via @halal_gems (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi semua umat Islam di seluruh dunia

Pada bulan ini ramai orang berebut-rebut mahu melakukan kebaikan. Di Malaysia, majoriti penduduknya adalah Islam, jadi ia tidak hairanlah mengapa banyak kedai makan yang tutup.

Namun, jika kita berada di luar negara mungkin berbeza kerana bukan semuanya beragama Islam. Oleh itu, operasi kedai makan mereka akan buka seperti biasa. Kita hanya perlu menahan nafsu.

Baru-baru ini, tular di TikTok yang memperlihatkan hiasan sambutan di London telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tetap ada hiasan sambutan Ramadan walaupun bukan negara Islam

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang individu berkongsi suasana di sebuah kota London yang dihiasi dengan sambutan kedatangan bulan Ramadan.

Malah, dapat dilihat juga lampu-lampu yang akan menyinari hiasan itu pada waktu malam dengan tulisan "Happy Ramadan".

Ini adalah kali pertama sebuah bandar Eropah menyaksikan pameran yang begitu hebat untuk festival itu, dengan pemasangan yang menampilkan 30,000 lampu. Upacara perasmian itu turut dilakukan oleh datuk bandar London sendiri, Sadiq Khan.

Lihat antara video perkongsian lain di bawah:

"Masya-Allah please keep this tolerance each everyone" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut teruja melihatnya dan memberikan pelbagai kata-kata positif.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.5M views, 178.3K likes dan 3,511 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @halal_gems (TikTok)

Image via @halal_gems (TikTok)

Image via @halal_gems (TikTok)

Image via @halal_gems (TikTok)

Rasa macam pertama kali tengok kota London dihiasi macam ini :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment