seismik

Terus Bertukar Karakter, Reaksi Pemuda Terkejut Lepas Kedai Blackout Masa Makan Cuit Hati

Bertukar terus suara ya bang.

Cover image via @amsyar.johari (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika musim hujan, sudah tentu banyak aktiviti kita yang terpaksa ditangguhkan betul tak?

Tambahan lagi, di Malaysia ada sesetengah negeri yang akan banjir teruk jika berlakunya musim hujan.

Sudah tentu ramai yang fobia dengan keadaan ini. Bukan itu saja, sesetengah orang juga ada yang takut bunyi petir. Iyalah, bunyi petir kan kuat sampai buat kita terdiam seketika.

Seperti video di TikTok ini apabila seorang pemuda terus bertukar karakter selepas terdengar bunyi petir telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@amsyar.johari

Tengah sodap makan semalam. Kilat / guruh yg sangat kuat. Tepadam letrik kodai. tekojot sey.

original sound Amsyar Johari

Terus bertukar suara lepas kedai tiba-tiba blackout

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda ketika itu sedang berada di sebuah makan dan menjamu selera.

Namun, sedang asyik dia menjamu selera tiba-tiba bunyi petir yang kuat sehingga menyebabkan kedai makan tersebut terpadam elektriknya.

Situasi itu membuatkan pemuda berkenaan menjerit ketakutan kerana tidak menyangka situasi itu akan berlaku. Lebih menghiburkan lagi, suaranya juga terus bertukar ketika menjerit.

"Hahaha kilat pun tak jadi nak bunyi kali ke-2, konfius dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pemuda tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 509.5K views, 50.1K likes dan 614 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tiba-tiba jadi karakter abang Salleh dalam Upin & Ipin ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: