[VIDEO] Cara Abang Lori Ini 'Sound' Kereta Latihan Memandu Buat Ramai Dapat Relate. Betul!
Macam betul je kan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi anda yang sudah mahir memandu kereta, pasti ada pengalaman pahit dan manis yang tidak dapat dilupakan semasa belajar di sekolah memandu bukan?
Mana tidaknya, sekolah memandu lah tempat pertama kita mula memegang stering kereta dan membawanya. Pasti rasa teruja itu ada semasa memandu kereta.
Sudah tentu semasa belajar bersama guru memandu kita akan membawa dengan penuh berhemah dan mengikuti semua peraturan jalan raya.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki sengaja mengusik kereta memandu di depannya kerana membawa terlalu slow mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sengaja sakat lepas dapat lesen tidak akan memandu seperti itu
Menerusi video tersebut, kedengaran suara seorang lelaki sedang meluahkan rasa marahnya terhadap kereta yang berada di depannya.
Kelihatan kereta tersebut merupakan kenderaan latihan untuk memandu yang sedang dipandu oleh seseorang dengan keadaan yang agak perlahan.
Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah, dia kemudian memberitahu bahawa orang yang sedang memandu kenderaan tersebut pasti tidak akan memandu dengan had laju itu kerana dia mesti akan mambawa jauh lebih laju selepas mendapat lesen.
Image via @achik_ceo (TikTok)
"Abang patut jadi pakar motivasi" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar nasihat lelaki tersebut. Malah, ramai yang memberitahu pasti orang itu sedang gementar kerana diperhatikan oleh cikgu memandu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 900.8K views, 105.5K likes dan 3,447 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @achik_ceo (TikTok)
Image via @achik_ceo (TikTok)
Image via @achik_ceo (TikTok)
Image via @achik_ceo (TikTok)
Image via @achik_ceo (TikTok)
Image via @achik_ceo (TikTok)
Image via @achik_ceo (TikTok)
Image via @achik_ceo (TikTok)
Lain macam betul nasihat abang ni ya. Macam betul je :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment