[VIDEO] "Hebat" - Makeup Wajah Persis Jackie Chan, Ramai Kagum Dengan Bakat Wanita Ini
Awesome lah sis!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Merias wajah bukan satu pekerjaan yang mudah, ia memerlukan bakat terpendam
Ramai makeup artist di luar sana mempunyai bakat-bakat yang unik dalam merias wajah. Ada yang boleh transform wajah mereka kepada artis-artis terkenal di persada dunia.
Sama seperti gadis yang viral videonya di TikTok, dia yang berbakat itu merias wajahnya persis seperti Jackie Chan telah menarik perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba merias wajah sehingga menjadi muka Jackie Chan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @makeupbymuazaross di laman TikToknya, kelihatan dia sedang merias wajahnya sambil dirakam.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia berjaya merias wajah sehingga menampakkan mukanya seperti pelakon terkenal iaitu Jackie Chan. Teknik yang digunakan kelihatan sangat senang dan bersahaja.
Dia bukan sahaja pandai merias wajah sehingga sama seperti Jackie Chan, malah pelbagai pelakon di luar sana seperti Mr.Bean pun boleh dilakukan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Sungguh kreatif! Makeup apa pun jadi, terbaik lah sis" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan bakatnya. Malah, ramai yang memuji kepakaran gadis itu. Tambahan lagi, ramai yang meminta dia untuk makeup wajah seperti artis yang lain pula.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 15K tontonan, 1K tanda suka dan 127 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @makeupbymuazaross (TikTok)
Image via @makeupbymuazaross (TikTok)
Image via @makeupbymuazaross (TikTok)
Image via @makeupbymuazaross (TikTok)
Memang sama, terbaiklah sis!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment