[VIDEO] Isteri Tengah Mood Nak Masak, Suami Terkejut 'Daging Wagyu' Dibuat Masak Merah
Daging kayangan!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti semua ketahui, daging Wagyu memang merupakan antara daging mahal yang ada di pasaran
Mana tidaknya, daging Wagyu memang daging yang sangat lembut dan boleh auto cair dalam mulut bila makan. Kebiasaannya, daging Wagyu akan dijadikan bahan untuk hidangan makanan barat.
Namun, tular baru-baru ini video di TikTok apabila seorang isteri menggunakan daging Wagyu untuk memasak makanan Melayu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba masak daging merah gunakan daging Wagyu
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berada di kafe milik mereka yang tidak dikenal pasti tempatnya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila si isteri offer untuk masakkan menggunakan bahan yang ada di kafe. Sebaik saja makanan telah siap dimasak, suami terkejut kerana si isteri masak daging merah menggunakan daging Wagyu.
"Wangyu aku jadi masak merah", kata suaminya.
Image via @nuratulekhqal (TikTok)
"Makan je bang, nanti banyak komplen kang tido sofa nanti" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 260K tontonan, 35K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nuratulekhqal (TikTok)
Image via @nuratulekhqal (TikTok)
Image via @nuratulekhqal (TikTok)
Ini baru betul-betul daging masak merah versi kayangan! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment