[VIDEO] Kanak-Kanak Berlari Bila Upin Ipin Panggil Ini Buat Ramai Ibu Bapa Boleh Relate
Ibu panggil tak nak datang pula ya?
Para ibu bapa pasti perasan, anak-anak akan ada kartun kegemarannya bukan?
Bila tayang saja kartun kegemarannya itu, anak-anak pasti takkan berganjak dari tempat duduknya. Kadang-kadang bila sengaja ubah siaran atau tutup televisyen, mesti mulalah drama air mata sebab nak tonton kartun favouritenya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak dilihat berlari ke arah ibunya sebaik sahaja tayangan Upin Ipin ditayangkan telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Panggil nama tak menyahut, tapi bila buka Upin Ipin baru datang
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia memanggil anaknya untuk datang ke ruang tamu.
Tetapi, si cilik itu mengendahkan panggilannya. Namun setelah membuka tayangan Upin Ipin, terus sekelip mata saja si cilik itu muncul untuk melihat kartun kegemarannya itu.
Situasi si cilik itu berlari membuatkan ramai ibu bapa boleh relate. Malah, ada yang berebut siaran kerana terpaksa menonton kartun kegemaran mereka.
Image via @yezmine_official (TikTok)
Image via @yezmine_official (TikTok)
"Anak-anak kan. Pantang dengar suara Upin Ipin, laju je dia datang" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 2M views, 129.3K likes dan 575 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @yezmine_official (TikTok)
Image via @yezmine_official (TikTok)
Image via @yezmine_official (TikTok)
Image via @yezmine_official (TikTok)
Lepas ni umpan video Upin Ipin je lah kalau nak panggil dia :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment