[VIDEO] Lelaki Ini Awalnya Nak Marah, Sekali Diri Sendiri Yang Join Main Dengan Budak
Marah sebab tak ajak main sekali ke bang?
Permainan kanak-kanak dahulu sememangnya menggamit nostalgia
Dahulu, banyak permainan yang dimain. Iyalah, segala gadget yang ada pada hari ini masih belum wujud pada suatu ketika dahulu.
Disebabkan ketiadaan teknologi itulah yang membuatkan terciptanya segala permainan seperti batu seremban, musang berjanggut, lompat tikam dan sebagainya.
Tular sebuah video di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki ingin menegur sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di tepi lereng bukit itu telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak marah budak sebab bahaya, tapi diri sendiri pula yang join main sekali
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @khaimie3, kelihatan pada awalnya dia ingin menegur sekumpulan kanak-kanak yang bermain di lereng bukit.
Tetapi lain pula yang jadi apabila dia dilihat turut bermain bersama-sama dengan kanak-kanak itu. Situasi itu membuatkan ramai netizen terhibur melihatnya.
Malah, mereka juga berkata kemungkinan lelaki itu rindu untuk bermain permainan tarik upih. Tetapi kali ini, kotak dijadikan pengganti upih.
"Dulu kecil-kecil kalau jumpa bukit macam ni, mesti main guling-guling ala-ala street fighter. Pengaruh game sungguhlah dulu" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 109.4K views, 9,325 likes dan 1,638 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah, mereka juga berkongsi kenangan permainan zaman dahulu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!