Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Kebas Satu Badan" - Terlalu Fobia Nak Disuntik, Kecoh Lelaki Ini Pengsan Di PPV

Fobia jarum!

Cover image via @schasha_lbimotor (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui negara sedang berada di fasa pengagihan vaksin kepada semua rakyat Malaysia

Program imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan iaitu sebanyak 80% populasi telah divaksin di setiap negeri kecuali negeri Kelantan dan Sabah.

Namun, pasti di antara kalian yang mempunyai memori dan kenangan manis apabila hadir temu janji vaksin bukan?

Sams seperti video lelaki ini yang tular di TikTok apabila dia fobia dengan jarum suntikan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Belum divaksin tetapi seluruh badan dah kebas kerana fobia jarum

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunggu giliran untuk divaksin di sebuah PPV.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia kelihatan kebas dan lemah seluruh badan kerana takutkan jarum.  Lebih melucukan lagi, dia dilihat sehingga memerlukan isterinya  untuk memegang badannya apabila disuntik.

Pada akhir video, dia sekan-akan mahu pengsan selepas jururawat menyuntik vaksin di bahagian lengannya. Situasi itu telah dirakam oleh isterinya.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:


"Tak tahu nak suka or nangis, kalau ketawa kang berdosa pulak rasa" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah, ramai juga memuji tindakannya yang tetap ambil vaksin walaupun fobia jarum. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 586K tontonan, 24K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 


Image via @schasha_lbimotor (TikTok)

Image via @schasha_lbimotor (TikTok)

Image via @schasha_lbimotor (TikTok)

Image via @schasha_lbimotor (TikTok)

Image via @schasha_lbimotor (TikTok)

Image via @schasha_lbimotor (TikTok)

Dia punya nervous tu tak boleh bawa bincang. Siapa lagi takut jarum macam dia? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment