seismik

[VIDEO] "Nak Rasa" - Gelagat Budak Perempuan Makan Makanan Lembu Ini Bikin Netizen Panik

Nasib tak telan lagi dik!

Cover image via @asey98 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak memang tidak lari dengan sifat ingin tahu dan nakalnya

Biasalah, pada usia inilah mereka ingin mencuba dan mempelajari banyak perkara. Ibu bapa juga sudah masak dengan perangai mereka yang suka bertanya. Malah, pendidikan awal kanak-kanak juga perlu diterapkan oleh para ibu bapa. 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan makan makanan lembu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@asey98

Hbisla aku kene marah dgn mak dia #fyp

INDUSTRY BABY - Lil Nas X & Jack Harlow

Tengok lembu makan jadi terikut sekali nak makan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang melihat beberapa ekor lembu makan di kandang mereka.

Apa yang menghiburkan adalah apabila kanak-kanak perempuan itu dilihat ikut makan sekali setelah lama melihat lembu itu makan makanannya. Kejadian itu membuatkan ayahnya panik lalu mengeluarkan makanan daripada mulutnya.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

@asey98

Balas kepada @aalliiiya yg tk de sound up

bunyi asal - ArrowBack98 - ArrowBack98

"Aku yang tengok pun menjerit apa lagi abang yang jaga budak tu" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan panik dengan gelagat budak perempuan itu. Malah, ramai yang terhibur juga. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.5M tontonan, 132K tanda suka dan 3K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kelakar lah adik ni, ingat nak bagi lembu makan sekali dia pula yang makan :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: