[VIDEO] "King Of The Road" - Rakaman Myvi Redah Kebun Seperti 4x4 Buat Ramai Terpegun
Tiada tandingan!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kepakaran dan kebolehan kereta Myvi memang tidak dapat dinafikan oleh rata-rata rakyat Malaysia
Kereta tempatan ini juga dikenali sebagai 'king of the road' kerana aksi-aksi legend yang pernah dipamerkan. Selain kereta terbang, banyak lagi sebenarnya kebolehan kereta Myvi ini, walaupun kecil, jangan disangka kemampuannya.
Baru-baru ini tular sebuah video di Facebook yang memaparkan dua buah kereta Myvi mampu redah kebun durian telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba redah kebun durian seperti kereta 4x4
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman yang memaparkan dua buah kereta Myvi sedang menuju ke satu destinasi.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kereta Myvi itu kelihatan berkemampuan untuk meredah jalan yang berliku seperti kereta 4x4.
Lebih mengagumkan lagi apabila kedua-dua Myvi itu dilihat berjaya melepasi kebun durian yang diredah itu.
Image via Azlin Airin (Facebook)
Image via Azlin Airin (Facebook)
"Jangan cakap king tak payung offroad" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kemampuan Myvi itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat lebih 73K tontonan, 1.5K kongsi, 200 komen dan 200 tanda suka di Facebook.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Azlin Airin (Facebook)
Image via Azlin Airin (Facebook)
Image via Azlin Airin (Facebook)
Image via Azlin Airin (Facebook)
Image via Azlin Airin (Facebook)
Bukan calang-calang tau, Myvi power! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment