[VIDEO] Lepak Tak Ingat Dunia, Voice Note Isteri Hantar Dekat Suami Ini Bikin Ramai Dekah
Lawak betul isteri dia hantar macam tu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai yang rindu untuk lepak dan bertemu rakan-rakan seperti sebelum ini bukan?
Tetapi disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, ia telah memaksa kita semua untuk kekal berada di rumah bagi mengekang wabak penyakit ini.
Sudah tentu, ramai yang dilihat cuba untuk throwback kembali kerinduan mereka untuk berjalan seperti biasa di media sosial.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi voice note yang pernah dihantar isterinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lepak lama sangat, sekali isteri hantar voice note berapi
Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi voice note yang pernah dihantar oleh isterinya semasa dia sedang melepak bersama rakannya.
Kedengaran dalam voice note itu si isteri seolah-olah seperti sedang memberi announcement kepada suaminya dengan fasa pergaduhan yang berbeza-beza. Dia memberitahu agar suaminya pulang ke rumah dengan segera kerana sudah lama berada di luar.
Malah, wanita itu siap memberi amaran sekiranya suaminya itu gagal pulang ke rumah sebelum pukul dua pagi, si suami tidak akan dapat menghubungi nombor itu lagi. Difahamkan kejadian itu berlaku sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Image via @multazamnasir (TikTok)
"Dia punya warning tak boleh bawa bincang" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengar voice note daripada isterinya itu. Malah, ada yang menyamakannya sama seperti panggilan khidmat pelanggan di beberapa buah syarikat telekomunikasi.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 114.2K likes dan 2,283 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @multazamnasir (TikTok)
Image via @multazamnasir (TikTok)
Image via @multazamnasir (TikTok)
Image via @multazamnasir (TikTok)
Image via @multazamnasir (TikTok)
Image via @multazamnasir (TikTok)
Image via @multazamnasir (TikTok)
Alamak, dengar pun dah seram warning isteri dia tu :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment