[VIDEO] "Mat Kool" - Saja Hiburkan Penjual Aiskrim, Geng Lelaki Ini Bantai Joget Masa Beli
Penjual tu pun dah pening kepala tengok ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa saja yang tidak mengenali dengan jenama ais krim popular Mat Kool bukan?
Tipulah kalau zaman kanak-kanak anda tidak pernah beli aiskrim ini. Malah, sehingga hari ini Mat Kool masih kelihatan di banyak kedai-kedai.
Tambahan lagi jika penjual aiskrim yang selalu jual menaiki motor, memang akan terdengar lagu "mat kool, mat kool, kawanku" yang akan membuatkan kita auto menyanyi sekali.
Situasi itu sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila sekumpulan pemuda sempat berjoget semasa membeli aiskrim telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sempat berjoget dengan rakan-rakan dengar lagu Mat Kool masa beli aiskrim
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pemuda sedang sibuk memilih aiskrim yang ingin dibeli daripada seorang penjual aiskrim.
Namun, sedang asyik membeli mereka secara serentak berjoget sama-sama apabila mendengar lagu Mat Kool daripada motor berkenaan. Situasi itu membuatkan penjual aiskrim tersebut pening kepala melihat gelagat mereka itu.
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Image via @nasrullzainall (TikTok)
"Paling best beli aiskrim dekat sini" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan dapat relate dengan situasi mereka itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 138K views, 21.7K likes dan 364 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Image via @nasrullzainall (TikTok)
Amboi, kemain suka korang ya. Siap berjoget tu :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment