"Kereta Aku" - Aksi Abang Kurier Lupa Nak Tarik Handbrake Ini Curi Tumpuan Netizen
Macam mana boleh lupa tu bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kerja sebagai penghantar barang atau rider bukanlah satu perkara yang mudah
Mereka perlu berdepan banyak cabaran dan risiko ketika mahu menghantarnya ke rumah pelanggan. Tambahan lagi bagi rider makanan kerana risiko mereka sangat tinggi.
Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang pekerja lupa menarik handbrake keretanya semasa menghantar barang di rumah pelanggan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kereta berundur masa hantar barang dekat rumah pelanggan
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu seorang pekerja kurier sedang berada di salah sebuah rumah pelanggannya untuk menghantar barang.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia lupa menarik handbrake sehingga menyebabkan keretanya berundur ke belakang.
Kejadian itu membuatkan dia segera berlari ke arah keretanya untuk menarik handbrake tersebut.
"Bang dia nak balik tu bang, maybe penat kot" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 386.3K views, 27.6K likes dan 402 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: