[VIDEO] Menantu Terharu, Ibu Mentua India Sanggup Masakkan Juadah Iftar Walaupun Tak Puasa
Bestnya dapat mentua baik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perkahwinan campur bukanlah satu budaya baru di negara kita
Ramai orang Melayu berkahwin dengan bangsa lain seperti India dan Cina. Malah, ada juga yang mendirikan rumah tangga dengan orang dari luar negara.
Walaupun berbeza adat dan tradisi, itu tidak menjadi penghalang bagi sesebuah keluarga mengeratkan hubungan sesama mereka.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan kesungguhan seorang wanita India memasak juadah berbuka puasa untuk menantu Melayunya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mak mentua orang India dan tak puasa, tapi sanggup masakkan juadah berbuka puasa untuk menantu kesayangan
Menerusi perkongsian video daripada @hajarangelique, kelihatan dia merakam kebaikan mak mentuanya yang berbangsa India sedang menyiapkan juadah berbuka puasanya di kampung.
Wanita itu yang sedang hamil menceritakan dia tiba-tiba mengidam nasi tomato yang dimasak oleh mak mentuanya. Walaupun masa dah suntuk, mak mentuanya tetap sanggup menyediakan juadah itu demi menantu tersayang untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
"Last minute request nak nasi tomato. Mother in-law rush masak and pack untuk bawak balik KL buka puasa. Walaupun saya dan parents in law berbeza agama dan bangsa, we still respect each other. Thank you mommy siapkan hidangan berbuka even though mommy tak puasa," katanya.
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
"Apa pun agama dan bangsa, dia tetap punya hati seorang ibu. Alhamdulillah, dapat mentua yang baik pun rezeki" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.5M views, 98.3K likes serta 790 shares di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat keakraban keluarga tersebut meskipun mereka berlainan agama dan budaya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Image via @hajarangelique (TikTok)
Suka tengok keluarga bahagia macam ni. Walaupun kahwin campur, semua hormat agama dan bangsa masing-masing <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment