[VIDEO] Mengadu 'Sakit Kepala', Tapi Reaksi Ibu Gadis Ini Pula Buat Ramai Tergelak
Kelakar pula dengar mak dia membebel.
Menjaga tubuh badan adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang untuk mengekalkan kesihatan yang baik
Sudah pasti jika anda tinggal bersama keluarga, merekalah orang pertama yang tahu tentang masalah kesihatan anda sama ada demam, batuk selesema, sakit kepala dan sebagainya.
Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang gadis ini apabila reaksi ibunya menarik perhatian selepas dia mengadu sakit kepala dalam kereta.
Image via Xtra
Ibu terus membebel sebaik saja mengadu sakit kepala
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, gadis berkenaan secara tidak sengaja memberitahu ibunya yang dia mengalami sakit kepala.
Tetapi, sebaik saja dia memaklumkan perkara itu ibunya terus membebel kepadanya dengan intonasi yang agak melucukan.
“Tadi mummy dah tunjuk panadol atas tu. Suruh makan panadol ingat tak? Aku dah cakap dah. Aku cukup hangin betul la dengan orang tak dengar kata ni. Orang dah cakap dah. Kat almari hitam tu ada actifast. Makan dulu. Degil!," katanya.
"Totally like my mom, dia punya jerit sampai jiran sebelah dengar" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen ternyata turut terhibur melihat video berkenaan dan ada yang berkongsi pengalaman sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 695K views, 98K likes dan 676 comments.
Image via @raihanaroslan1 (TikTok)
Image via @raihanaroslan1 (TikTok)
Image via @raihanaroslan1 (TikTok)
Image via @raihanaroslan1 (TikTok)
Image via @raihanaroslan1 (TikTok)
Image via @raihanaroslan1 (TikTok)
Mak kalau tak kuat membebel memang tak sah lah kan :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment